Sebuah Blog untuk menggasak budaya Rempit
Monday, December 11, 2006
 
Mat Rempit may still become useful citizens

I FONDLY remember a very naughty and mischievous kid in the class next to mine during my secondary school days. He was well-known in the school for his antics. I thought kids like him were useless and would grow up to become the scum of society.

Then the discipline teacher chose him to become a prefect. I was really shocked and still did not regard him highly, being on the board myself. However, I was eventually able to see the good qualities in him and since then, I have had nothing but respect for him.

We tend to blindly regard people who behave outside our standard of behaviour to be scum. We always want to punish the so-called bad guys too eagerly. Many times, we fail to see and accept other people's good qualities.

I'm not suggesting all bad boys may be good. But stop saying the Mat Rempit do not deserve a second chance. Putera Umno is giving them a second chance. Why object? Those who take up the offer today may have their lives changed forever. They may still become useful citizens who will eventually do their parents and country proud.

Petreksw
 
 
Camp for Mat Rempit

By GRACE CHEN

What to do if you're on a tight budget? Consider going for a camping trip with the Kap Chai King, Wazi Abdul Hamid, 36.

The veteran motorcycle racer is combining a motorbike safety riding programme with time-off at the beach for only RM20. The two-day XNak Rempit XNak Dadah (Say no to illegal racing and drugs) program is organised by former illegal racers out to spread the word on safety riding.
Wazi, a former illegal racer himself during his teens, says that the session would be targeted at those aged between 16 to 25 years.

Understandably, no mat rempit will want to attend another lecture on the ills and dangers of street racing. But then Wazi is a hero to these guys and he knows how to push the right buttons. As it is, Wazi has even made a guest appearance in the film Remp-It ealier this year.

And to show how he puts the message across, he uses the last meet at Robina Beach , which had 100 participants, in Butterworth in July as an example.

The scene saw a convergence of everything on two wheels from super bikes to scooters. One biker who had burnt a cylinder head during the journey also made it. He had his buddies to tow him for the remaining 100km till he reached the location.

For accommodation, participants will sleep in tents. Food will also be provided.

“The idea is to get all these biking groups together so that we can achieve a sense of camaraderie with everyone. This helps to curb the hostility between them and you’d have less fights this way,” explains Wazi referring to the public fracas reported in the press recently.

Among the social highlights of the program includes a beach barbecue, a rock climbing session and a religious talk conducted by an ustaz.

“There are no heavy issues being brought up here. This ustaz is also a biker himself and his main focus will be to motivate the participants by talking about the wonders of life,” says Wazi.

Sounds nice and safe doesn’t it? But don’t forget that this is a programme for the mat rempits out there. And yes, there will be racing involved.

The theory session, conducted by Wazi himself, will feature show and tell sessions on bike modifications for racing. These sessions according to Wazi, are of great interest to any an avid biker. In addition, participants will get an insight into the different categories of motorbike racing. And aspiring riders will get to pit their skills against each other on five MZ bikes. Inevitably, the participants will have to take turns but then it’s not everyday that you’d have a racing star to show you how it’s done. And at the end of the course, certificates will be given out.

“This is the most serious part of the programme where we separate the real racers from the wannabes. And I think everyone knows how committed riders need to be to become pro. We’ll prove that all those street races have amounted to nothing. If you want to be a racer, then you do it the proper way,” says Wazi.

But the main message that Wazi will be stressing in this programme is that illegal racing is not the way to go.

“If you want to go to a racetrack, never be Superman. Don’t be fearless. If you think you are not afraid to fall and get scarred, you cannot be a racer,” he maintains.

Those interested in joining Wazi’s safety riding program can contact him at 012-521 1553. This programme is supported by the Youth and Sports Ministry.
 
 
Time to rein in Mat Rempit menace

I WAS taking my family for an outing to the Sungei Klah Hot Spring on Nov 26, when I saw a group of about 30 youngsters on motorbikes zigzagging on the road without helmets doing “professional” stunts.

It frightened me, not to mention my young niece and nephew. We were scared that we might accidentally bump into them and get pelted with stones.

I do hope the authorities will do something about it as we have been promoting this wonderful place and with such nuisances around, it would be a pity if the tourists are scared off.

Another incident occurred today during lunch at Jalan Ampang near the AIA building. I saw a bunch of school kids on motorbikes smeared with some white substance that looked like flour gathering near the traffic lights, without helmets on.

What's the problem with these youngsters? Please stop encouraging the Mat Rempit any further.

Why not give them some skills training during the holidays? Or organise some free and enjoyable workshops for them?

Juliestar
 
 
Mat rempit baling batu, kejar polis

BUKIT MERTAJAM 16 Okt. – Gejala samseng di kalangan mat rempit semakin menjadi-jadi.

Terbaru, sekumpulan mat rempit bertindak mengejar dan membaling batu ke arah polis kerana membawa dua rakan mereka yang ditahan ketika berlumba di atas jejantas Lebuh Raya Butterworth-Kulim Expressway (BKE) awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, dua anggota polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai sekumpulan lelaki sedang berlumba.

Terkejut dengan ketibaan polis, kumpulan mat rempit berkenaan cuba melarikan diri, namun dua daripada mereka yang menaiki sebuah motosikal terlanggar motosikal polis lalu terjatuh.

Pemangku Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Zainal Abidin Nin berkata, kira-kira 20 mat rempit kemudian mengejar dua anggota polis berkenaan yang dalam perjalanan membawa dua rakan mereka itu ke Balai Polis Kubang Semang, dekat sini.

Katanya, menyedari tindakan agresif kumpulan terbabit, dua anggota polis berkenaan memasuki perkarangan sebuah masjid berhampiran sementara meminta bantuan.

“Kumpulan mat rempit yang menunggu di luar perkarangan masjid itu bagaimanapun lari lintang pukang apabila sekumpulan 10 anggota polis diketuai seorang pegawai tiba di tempat kejadian untuk memberi bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kerana masih tidak berpuas hati, mat-mat rempit terbabit sekali lagi mengekori polis hingga ke balai polis dan sempat membaling batu beberapa kali ke arah bangunan balai sambil melaungkan rasa tidak puas hati sebelum melarikan diri.

“Kita memandang serius perkara ini kerana kumpulan (mat rempit) berkenaan bertindak sesuatu yang boleh membahayakan nyawa anggota polis,” tegasnya.

Zainal Abidin berkata, pihaknya akan menyoal siasat kedua-dua lelaki terbabit bagi mencari saki-baki kumpulan mat rempit berkenaan.

Katanya, maklumat awal polis mendapati, kedua-dua lelaki tersebut adalah pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam dekat sini.

Menurut Zainal Abidin, kedua-dua lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.
 
 
Mat rempit ‘mengamuk’

BUKIT MERTAJAM 10 Dis. – Jalan-jalan utama di sekitar Seberang Perai ‘kacau-bilau’ awal pagi ini apabila sekumpulan lebih 60 pelumba haram atau mat rempit bertindak menyerang dan menyamun pengguna jalan raya termasuk menyembur mereka dengan alat pemadam api.

Dalam kejadian antara pukul 4 hingga 5 pagi itu, mat rempit terbabit dipercayai dari sekitar Butterworth, Tasek Gelugor dan Georgetown berkumpul dan berpecah kepada empat kumpulan dan bertindak ganas melakukan samun di empat lokasi berasingan.

Lebih mengejutkan, kumpulan berkenaan sanggup bertindak ganas dengan menabur topi keledar di atas jalan raya sebagai cara untuk memaksa pemandu kenderaan berhenti sebelum menyamun mangsa.

Bagaimanapun, tiada kemalangan atau kecederaan serius dilaporkan.

Polis setakat ini percaya, kegiatan tidak bertanggungjawab itu turut didalangi oleh kumpulan mat rempit yang bertindak menyerang dua anggota polis dan membaling batu ke arah Balai Polis Kubang Semang, dekat sini baru-baru ini.

Serentak itu, polis melancarkan operasi besar-besaran meliputi beberapa jabatan utama termasuk bahagian trafik, narkotik dan siasatan jenayah di semua laluan utama di Seberang Perai bagi memburu dalang kepada kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Mohamad Anil Shah Abdullah berkata, pihaknya percaya semua insiden yang berlaku hampir serentak itu dilakukan secara terancang oleh kumpulan terbabit.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi di susur keluar Jambatan Pulau Pinang, empat sekeluarga nyaris maut apabila kumpulan mat rempit berkenaan memecahkan pintu kenderaan mereka sebelum menyembur gas pemadam api dan melarikan wang lebih RM500.

Dalam kejadian hampir sama pukul 4.50 pagi di Perai, dekat sini, sebuah lagi kumpulan mat rempit mengejar seorang lelaki yang memandu kereta Proton Gen2 sehingga ke rumah mangsa sebelum melarikan wang sebanyak RM250.

“Modus operandi mereka ialah dengan memaksa pemandu memberhentikan kenderaan sebelum menyerang mereka dengan memecahkan pintu kereta sebelum menyembur alat pemadam api.

‘‘Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, semua kejadian berlaku hampir serentak dan mereka bertindak secara berkumpulan antara 20 hingga 30 orang,” katanya ketika ditemui dalam operasi besar-besaran di Jalan Permatang Pauh di sini malam ini.

Operasi bersepadu bermula pukul 4 petang itu membabitkan lebih 50 anggota polis dengan bantuan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) selain sekatan jalan di beberapa laluan strategik di sekitar sini.

Mohamad Anil menambah, tindakan ganas kumpulan mat rempit terbabit berterusan apabila mereka secara berkumpulan antara 20 hingga 30 orang cuba merempuh lima anggota polis yang sedang membuat operasi di sekitar Bukit Mertajam petang ini.
 
Friday, October 13, 2006
  Mat rempit- beat the bastard!!
 
  Perangi habis-habisan Mat Rempit lepas raya
KUALA LUMPUR: "Dah cukup, saya dah tak tahan lagi apabila orang bangkitkan isu Mat Rempit, kita akan perangi habis-habisan terhadap pelumba haram ini sebaik sahaja musim perayaan berakhir," kata Ketua Trafik Persekutuan SAC II Nooryah Md Anvar.

Beliau berkata selepas Deepavali dan Aidilfitri, lebih ramai anggota polis trafik akan ditugaskan untuk memastikan pelumba haram ini tidak berada di jalan raya.


Bergaya di atas jalan raya. (foto The Star)

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan tarikh sebenar operasi besar-besaran akan dilakukan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi-agensi penguatkuasa lain.

Nooryah berkata pelbagai laporan dalam media mengenai Mat Rempit gagal menyekat golongan muda daripada melakukan aksi yang berbahaya kepada nyawa mereka sendiri dan pengguna jalan yang lain.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di Bukit Aman bagi mengumumkan "Ops Sikap XI" yang akan dijalankan dari 17 hingga 31 Okt.

Nooryah berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mahu isu itu ditangani segera bagi memastikan golongan muda tidak kembali ke tabiat lama.

"Polis sudah mengenal pasti beberapa jalan yang popular dalam kalangan Mat Rempit, dengan remaja seawal usia 15 menyertai perlumbaan haram," katanya.

Mengenai cadangan untuk merampas motosikal yang terbabit dalam perlumbaan haram, Nooryah berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Kementerian Pengangkutan dan Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi. BERNAMA
 
Monday, October 09, 2006
  Polis mahu rampas motosikal mat rempit
09-10-2006 11:53:11 AM
JITRA: Kerajaan mungkin meminda akta jalan raya atau mewujudkan undang-undang baru bagi membolehkan motosikal yang terlibat dalam kegiatan lumba haram dirampas dalam usaha menangani masalah mat rempit yang seolah-olah tiada kesudahan.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharom berkata pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya diwujudkan undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa merampas motosikal mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan lumba haram.

"Sebelum ini pelbagai operasi dilancarkan bagi membanteras kegiatan lumba haram dan menahan mat rempit bersama motosikal masing-masing, tetapi mereka masih boleh membawa balik dan mengambil semula motosikal itu apabila disaman atau dibebaskan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang raya kepada peneroka-peneroka di Felda Laka Selatan, dekat sini, malam tadi.

Mohd Johari berkata kegiatan mereka itu tetap berterusan sampai bila-bila apabila motosikal masih ada dan jika kenderaan mereka dirampas aktiviti lumba haram itu semakin lama semakin berkurangan dan turut memberi kesedaran kepada "matmat rempit".

Beliau berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Peguam Negara terlebih dahulu untuk dipertimbangkan dan kemudiannya barulah boleh dibentangkan di Parlimen jika perlu.

Menurutnya kegiatan lumba haram semakin menjadi-jadi di kalangan belia serta golongan remaja dan tidak mengira masa walaupun di bulan puasa sehingga boleh membahayakan keselamatan orang ramai dan pengguna jalan raya.

Mohd Johari turut mengarahkan polis supaya lebih giat memantau perkembangan mat rempit dan membendung kegiatan lumba haram di seluruh negara menjelangnya sambutan perayaan Deepavali dan Aidilfitri.

Kegiatan lumba haram dan sikap samseng mat rempit turut mencetuskan pelbagai risiko seperti dilaporkan di ibu negara berlakunya pergaduhan membabitkan kumpulan mat rempit sehingga seorang maut dan tiga lagi cedera.

Di Baling pula, dua pelajar maut dan dua lagi cedera apabila masing-masing berlumba haram sesama mereka. BERNAMA
 
  2 geng Mat Rempit gaduh
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
Harian metro

KUALA LUMPUR: Mat Rempit lawan Mat Rempit. Itulah episod terbaru membabitkan dua kumpulan remaja yang gemar bersaing sesama sendiri hingga mengorbankan seorang daripada mereka akibat ditikam dalam satu pergaduhan.


Pada mulanya, dua kumpulan itu, masing-masing empat Mat Rempit dari Hulu Langat dan 40 Mat Rempit dari Kampung Pandan, terbabit dalam kemalangan kecil di Bukit Damansara kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Mereka cuba berunding bagi menyelesaikan pertikaian itu tetapi tercetus pergaduhan apabila sebahagian ahli daripada kedua-dua kumpulan itu berdegil dan tidak mahu mengalah.

Dalam pergaduhan itu, Mat Rempit dari Hulu Langat, Agus Asrafi Sumarji, 21, ditikam dengan pisau dan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala dua rakannya cedera.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata polis percaya pergaduhan itu tercetus apabila dua kumpulan Mat Rempit berkenaan gagal menyelesaikan masalah kemalangan kecil membabitkan ahli masing-masing.

Katanya, kumpulan 40 Mat Rempit berusia 18 hingga 22 tahun mengejar dua motosikal dinaiki Mat Rempit dari Hulu Langat itu yang melarikan diri ke Bukit Damansara.

“Siasatan mendapati sebaik mengepung Mat Rempit dari Hulu Langat itu, berlaku lagi perlanggaran kecil antara motosikal kedua-dua kumpulan sebelum tercetusnya pergaduhan.

“Seorang daripada empat Mat Rempit itu mempunyai senjata tajam dipercayai pisau tetapi ketika bergaduh, seorang daripada mereka ditikam di dada kanan, manakala dua rakan cedera,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, seorang daripada empat Mat Rempit itu menahan kereta peronda polis di hadapan sebuah stesen minyak melaporkan Agus ditikam kumpulan Mat Rempit lain.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah ditikam di dada kanan dan terus menghubungi ambulans.

Mangsa meninggal dunia kira-kira jam 3.45 pagi semalam di PPUM.

Sehingga petang semalam, kata Mohd Dzuraidi, polis menahan 11 remaja bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai milik mangsa.

Ini tidak termasuk empat Mat Rempit dari Hulu Langat itu.

“Polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur di atas jalan raya, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian, tetapi kita belum pasti sama ada ia digunakan dalam pergaduhan terbabit,” katanya.

Beliau meminta semua ahli kumpulan dari Kampung Pandan itu menyerah diri untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membuat aduan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.
 
Saturday, October 07, 2006
  Warna kehidupan rempit
 
Friday, September 29, 2006
  Rela ku rempit
Relaku Rempit
Oleh: Mat Jan
(Nyanyi mengikut alunan lagu Spider, relaku pujuk)

Ku dikejar polis-polis bodoh
Bila motorku hampir kat selekoh
Enggan dilokap enggan disuruh
Ketuk ketampi sampai subuh

Aku bukan mat rempit yang tewas
Bisa ditangkap walau ku terbabas
Biar dikepong kanan dan kiri
Ku kan tetap dapat lari

Tiada polis yang dapat potong
Hebatnya kapcaiku
Gila punya laju

Biar kereta polis menghimpit
Ku dapat menyelit
Relaku rempit

Janganlah kau salahkan aku
Terus merempit menggadai nyawaku
Aku berlumba ni hobi saja
Macam kumpul setemmm jugaaa

Usahlah polis hampir
Di hadapanku lori hadir
Melanggar hingga aku jatuh
Dari motorku... Ohh... Ohh...

Apakah kali ini
Bisa ku bangkit dan berlari
Setelah kaki patah lapan
Mati akuuu...

(sekadar memeriahkan gelanggang)
 
  Warna kehidupan rempit
(Ikut Melodi Warna Kehidupan-Yusri KRU)

Merah menyala oh lampumu deras pantas motorku
Bercelaru oh jiwaku bila tak pergi jauh
Derumanku menambah kebingitanmu
Merah menyala oh jantungku berdegup pantas keranamu
Haru biru fikiranku bila kau pergi jauh
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Petrol naik tak ku hiraukan asal rempit semalaman
Sekatan tak aku gentar... polis tahan aku langgar
Kematianmu menjana keangkuhanku
Putih sucinya perasaan jiwa untuk dikongsikan
Sejingga api membara...sehangat itulah cinta
Kehadiranmu mewarna kehidupanku
Sekali tak ku lepaskan tiap ada peluang
Ayah tak pernah bising pandu tak ada lesen
Emak tak pernah kisah walau ku ambil dadah
Ku tagih hanya satu
Ku menang dapat hadiah si 'Ayu'
Sesaat berjauhan rasa tidak keruan
Hilang arah gundah...tanpa khabar ku resah
Hitam gelita pandangan...rindu makin dirasakan
Hanya satu ku mahu
Berdamping denganmu disisi selalu

'Wheelie', superman, 'wikang' juga ku buat semua gaya
Jalan sesak macam lengang, ku pandu pandang belakang
Kelakuanku membangkit kemarahanmu
Secerah kilau kuning suria...sinar menyelinap kalbu
Sesegar hijau dedaun...senyummu menawar pilu
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Walau sering kau buat sekatan
Tetapi aku masih tak dapat kau tahan
Demi rempit sanggup ku melawan, memecut bak peluru
Tentu ku dapat nombor satu
Walau seikhlas lafazku kasih
Luahan hati masih tak setanding bahasa
Demi cinta pastiku sedaya mencurah yang termampu
Tahtamu mampan dijiwaku

Sangat sesak laluan Samy besarkan jalan
Aku sangat gembira tanpa ingatkan nyawa
Gelap gelita pandangan selepasnya pelanggaran
Satu pasti buatku
Cedera atau mati katak di situ...
Sesaat berjauhan rasa tidak keruan
Hilang arah ku gundah....tanpa khabar ku resah
Hitam gelita pandangan....rindu makin dirasakan
Hanya satu ku mahu
Berdamping denganmu disisi selalu
 
Thursday, September 28, 2006
  Mari belajar bernyanyi...
CT-Cinta Kenangan Rempit
( Di ambil dari blog jongkang jongket, nyanyi mengikut alunan lagu XPDC)
Lagu asal: Ct-Cinta Kenangan Silam oleh XPDC


C.. Cerita rempitku

I.. Impian yang nyata

N.. Nikmatnya berlumba

T.. Tanpa ketakutan

A.. Antara kau aku



C.. Cuba kau bikinkan motor RX-Z ku

Ingin kunyatakan kepada dirimu

Nanti malam kita berlumba di sini

T.. "Takkan Kalah" itulah slogan kita

Aku dengar siapa yang menang nanti

Kenyang dapat bawak balik awek seksi


Entah kenapa.. awek tu seksi

Nasib tuah kalau dapat

Aku mesti menang


Namun kurempit bukan sebab awek seksi

Grand Prix Championship itu matlamatku

Aku merempit mula kat Sungai Besi

Naik MRR2


Road block pulak kat depan

Entah kenapa

Menggigil lututku

Polis ramai kat depan

Ingatkan lepas

Tergolek akhirnya


Cinta Kenangan Rempit..


"Hoi diamlah!"

"Sorry sarjan. Bosanlah dalam lokap ni. Tu yang nyanyi sikit.."
 
Saturday, September 16, 2006
  Mat Rempit - Putera Umno’s goon squad
From a reader of Malaysiakini.com





Putera Umno's mission to reform the Mat Rempits into overnight heroes and glory boys is at best a futile one. At worst, it's akin to playing with fire - harmless when controlled, devastating when it gets out of hand. Be that as it may, one wonders why, of all people, were illegal bikers chosen? Maybe I am missing the point, but this is one endeavour that seems bereft of any noble intention. It would be a different matter if, say, Putera Umno lent a hand to other groups shunned by society - the destitute, the jobless, reformed drug addicts, sex workers or the disabled. Perhaps there is another side to the story. Let's assume that Putera Umno has no intention whatsoever of curbing the mob and ruffian mentality of the Mat Rempits. That such bottled and furious energy could actually be harnessed to serve another purpose, besides illegal racing of course. Now imagine this goon squad serving a political party and becoming the "eyes and ears" of the police. Frightening? You bet. Yes, maybe I'm truly missing the point of all of this completely. Maybe someone up there has good (albeit hidden) intentions despite what others, including the police, think of such a seemingly absurd scheme. Maybe that someone has a magic formula that can turn raging rebels into docile creatures at the swish of a wand. Having said that, it is also timely to remind such people that the road to hell is paved with good intentions.
"Never open the door to a lesser evil, for other and greater ones invariably slink in after it." - Baltasar Gracián y Morales
Do you have a viewpoint you want to share? Speak up! Send your 'Letters to the Editor' to editor@malaysiakini.com. Your letter may be published in Malaysiakini, and do let us know if you wish to remain anonymous.
 


Free shoutbox @ ShoutMix
ARCHIVES
December 2004 / January 2005 / February 2005 / March 2005 / May 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / March 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / December 2006 /